Thursday, August 26, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN MEDIA

SEJARAH MEDIA

Media atau lebih dikenali sebagai media massa sering kali dikaitkan dengan komunikasi dan kedua-duanya saling ada hubung kait. Jika ditinjau perkembangan media,media mula berkembang selepas wujudnya sistem tulisan yang menjadi perantara perhubungan manusia.Sistem tulisan mula di temui pada tahun 4000SM di Iraq pada zaman tamadun sumeria yang di tulis di kepingan tanah liat. Media massa semakin berkembang selepas penciptaan mesin cetak oleh GUTTENBERG maka bermulalah yang dikatakan era komunikasi tercetak. Pada tahun 1456 kitab suci bible mula di cetak dan di edarkan,seterusnya penemuan mesin wap oleh james watt pada tahun 1769 yang akhirnya mencetuskan revolusi perindustrian di eropah.Pada tahun 1833 the new york sun  menerbitkan media massa dan akhirnya pada tahun 1839 DEGUERRE menerbitkan metod praktis fotography di surat khabar. Selepas era bercetak maka lahir lagi satu era yang dikenali sebagai era telekomunikasi  yang bermula pada tahun 1844 dengan penciptaan telegram oleh SAMUEL MORSE  pertama kalinya dan beliaulah yang menemui isarat kod morse yang digunakan sehingga hari ini.penciptaan telefon oleh  A.GRAHAM BELL pada tahun 1876 telah menyemarakkan lagi industri media dan komunikasi.Penemuan elektromagnet oleh HEINRICH HERTZ  memudahkan penkaji lain mengembangkan alat perhubungan khususnya dalam bidang media dan komunikasi. Pada tahun 1884 PAUL NIPKOW telah menemukan prinsip dasar televisyen seterusnya pada1894 bioskop pertama kalinya diputar untuk tontonan umum. Pada tahun 1895 GUGLIEMO MARKONI mengembangkan gelombang elektromagnet dan menemui prinsip dasar radio yang membantu maklumat radio tanpa wayar di kirim di luar kawasan mahupun di luar lautan. Pada tahun 1912 ICE NEFOREST membuat vacum tube dan seterusnya pada tahun 1920 radio siaran  diperkenalkan oleh KDKA(PITTBURG). Era telekomunikasi ini lebih dirancakkan selepas penemuan televisyen berbentuk tabung oleh VLADIMIR K. SWORYKIN dan akhirnya PHILO T. FRANSWORTY membuat tv rumah ke rumah dan seterusnya RCA mendemonstrasikan televisyen siaran. maka pada tahun 1941 wujudnya sistem televisyen komersil pertama. Era komunikasi interaksi bermula pada tahun 1946 dengan permulan sebanyak 1800 komputer eriak di lancarkan dan 1947 WILLIAM SHELEY,JHON BARDEN,WALLER BRAITTAIN mbuat transistor dengan bahan dasar pasir silicon di LAB. seterusnya 1956 video tape pertama di buat d Ampex Redwood City,California.USA. Perkembangan sains angkasa bermula pada tahun 1957 apabila satelit sputnik uni soviet dilancarkan  dan diikuti pada tahun 1969 NASA melancarkan APPOLLOX1 pada 21 julai denagan angkasawan Neil Amstrong, Edwin JR, Micheal Collins. Perkembangan perisian perkomputeran bermula pada1971 apabila  MERCIAN E. HOFF mencipta semi konduktor cip di intel corp California USA seterusnya pada tahun 1975 mikrokomputer altair mula dipasarkan  dengan HBO
(Home Box Office) iaitu paduan antara tv kabel dan satelit seterusnya di kembangkan menjadi tv kabel interaktif  di columbus pada tahun 1977. Penemuan bahan kramik elektrik oleh JG BENORD dan ALEX MULLER telah mencetuskan radio tanpa kabel di Chicago USA dan digunakan untuk sambungan local interlocal sebagai hubungan antara manusia.Hal inilah yang menjadi nadi penggerak kepada kewujudan media dan sistem komunikasi pada hari ini dan kita sebagai pengguna generasi baru harus menghargainya dan seboleh-bolehnya cuba mengembangkan lagi atau memajukan lagi sistem media dan komunikasi sedia ada.

No comments:

Post a Comment