Friday, August 27, 2010

PERANAN MEDIA, PENGARUH DAN KESAN

PERANAN MEDIA DAN KESAN PADA POLITK EKONOMI DAN INDIVIDU

Perkembangan yang pesat dalam teknologi media dan arus globalisasi telah mempengaruhi sistem media dan peranannya. Dunia sekarang bukan lagi dikenalpasti dengan sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya,ini adalah kerana proses penglobalan dunia telah mewujudkan media global yang  bukan menjurus kepada penyebaran maklumat tetapi cuba mencorak dan mempengaruhi pendapat awam. Kini penjajahan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasikan peranan media.Media sebenarnya banyak mempengaruhi dan memanipulasikan kehidupan kita sehari harian tanpa di sedari  kerana media yang sering kita lihat sebenarnya adalah satu medium yang cuba menghilangkan kebolehan menilai dan kehendak naluri kita sendiri.Hal ini terbukti yang kebanyakkan barangan keperluan peribadi atau apa-apa saja yang ada di dalam rumah kita sebenarnya adalah barangan yang telah di iklankan di radio,televisyen,internet dan lain-lain.Bagaimana hal ini terjadi WHY ?...Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruh media dan di tambah lagi dengan sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu dan mencuba benda baru sedikit sebanyak menerima maklumat dan akhirnya memilih barangan yang di iklankan. Bukan itu sahaja sebahagian pengaruh media mampu mengubah sifat individu itu sendiri,hal ini dapat di buktikan di USA bila mana media US kebanyakannya memaparkan aksi ganas dan keras tanpa ada sekatan dan lebih 8000 jam program televisyen iaitu mewakili 60% progran televisyen mengandungi unsur ganas seperti bunuh,gengsterisme,seram dan sebagainya mnyebabkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tak mampu membezakan antara realiti dan karekter maya sehingga berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh dua orang remaja di sekolah pada tahun 1999 di columbine,colarado US  di mana 12 orang remaja dan seorang guru maut terkena tembakan peluru sesat. Seorang tokoh pemikir perancis  Jean Baudrillard dan pakar media perancis yakin bahawa media merupakan penyebab utama gangguan fikiran realiti manusia dan menimbulkan pelbagai persoalan?
Di Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.Negara kita taklah seteruk di US tapi pengaruh media di Malaysia hanya tertumpu kepada media hiburan dan politik , ekonomi dan sosial. Kawalan media melalui undang-undang sedikit sebanyak mampu menapis unsur-unsur ganas ,seram dan unsur seks keterlaluan. Namun tahukah anda bahawa kawalan undang-undang ini telah di monopoli oleh kerajaan atas dasar menjaga sensitiviti kaum dan menjaga keamanan negara sehingga timbul persoalan adakah media negara kita bebas sebagaimana negara maju yang lain?. Jika di tinjau negara kita adalah sebuah negara demokrasi dan atas dasar demokrasi setiap individu bebas menyuarakan pendapat,namun sekatan undang-undang yang ke atas majalah dan akbar yang BERSIFAT POLITIK dikatakan menghasut dan boleh menggugat keharmonian kaum telah di haramkan seperti akhbar suara keadilan dan harakah pada tahun 1999 dan 2008. Pengaruh media dalam politik dapat di lihat dan di kesan selepas pilihan raya ke-12 apabila trend pengundian rakyat Malaysia menurun dan sokongan terhadap kerajaan pemerintah merosot adalah di sebabkan oleh peranan media seperti internet yang dikatakan terlalu bebas dan mengandungi unsur hasutan dan boleh memecahkan keharmoniaan kaum,buktinya pemilik halaman malaysiaan today(raja petra) kini adalah buruan polis kerana dikatakan menghasut. Media juga dikatakan mempunyai kuasa mengubah ekonomi negara,dalam komunikasi global ini,periklanan menjadi nadi kepada usaha mendominasi negara utama terhadap negara subordinate. Menurut compotetif media reporting(CMR) pada tahun 1990-an,10 pengiklan utama yang berpangkalan di US telah membelanjakan sejumlah US Dolar 11 bilion(RM 41.1 bilion) hanya untuk mengiklan barangan mereka. Hal ini jelas,yang manusia sanggup membelanjakan jutaan rinngit hanya untuk mengiklankan barangan mereka.
sekarang dapat kita menyimpulkan bahawa media cukup mempengaruhi kehidupan manusia dari segi individu,politik dan ekonomi...namun tidak semua manusia itu menerima kesan yang sama kerana ada sesetengan individu itu mampu menapis dan menilai sesuatu maklumat sebelum diterimanya...

No comments:

Post a Comment