Tuesday, August 31, 2010

MEDIA @STESEN MEDIA PILIHAN

TAWAUFM PILIHAN HATIKU 
Sejarah tawaufm

Sejarah Radio Tawau bermula pada 15 Feb.1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar Radio di Tawau berikutan pembangunan siaran radio bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi pemancar radio di  Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang di siarkan di Kota Kinabalu. Selaras perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat pada 31 Ogos 1987, Stesen pemancar radio tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran  Radio Malaysia Tawau menerusi gelombang sedehana(MW) 747 kilohertz. Memandangkan ia hanya dapat diikuti oleh sebahagian sahaja kawasan dan kemunculan siaran FM stereo menerusi frekuensi 1001.1 megahertz penanbahan dengan kekuatan 1kilowatt akhirnya mampu didengar  diseluruh  Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran. Sebutan  TawauFM juga mengalami evolusi penjenamaan:-
=)31 Ogos 1987-Radio Malaysia Tawau
=)Tahun 1997-Radio Malaysia Sabah Siaran di Tawau
=)Tahun 2000- Radio Malaysia Tawau
=)7 Ogos 2005-TawauFM
=)1 Jun 2009- Radio Malaysia TawauFM

Rancangan-rancangan di TawauFM

Rentak pagi(0700-1100 pagi)
*0700-Berita Nasional
*0715-Hari dalam sejarah
*0730-Laporan traffik
*0735-Peribahasa
*0740-Info cuaca
*0745-Berita TawauFM
*0750-Rancangan minda
*0800-Berita dari SabahFM
*0830-Laporan dari SabahFM dan SandakanFM, Yok Kembara(Sabtu), Info Sukan(Ahad)
*0845-Ingin Tahu
*0900-Berita Nasional
*1000-Sepatah kata
*1030-Sorotan(Isnin),VROOM(Selasa),Warisan berzaman(Rabu),Hijau(Khamis),Nur(Jumaat),Famili(Sabtu)

Syok layan(1100-1500 petang)
*1100-Berita Dunia dari pusat Radio RTM Kuala Lumpur
*1115-Hari dalam sejarah
*1200-Janji Rock
*1300-Berita dari pusat Radio RTM Kuala Lumpur
*1400-Janji Rock(Isnin-Jumaat),Hitzs RMTFM 2010(Sabtu),Realiti Pilihan Tawau(Ahad)
*1428-Kata-kata hikmah(Isnin-Jumaat)
*1430-Kuasa lelaki(Isnin),Femina(Selasa),Selebriti pilihan Tawau(Rabu),Interaktif(Khamis),Kerjayaku(Jumaat)


Petang@TawauFM(1500-1900)
*1500-Berita TawauFM
*1510-Sepatah kata
*1520-Cakap dulu bah!bersama Radio Malaysia SabahFM(Isnin-Rabu)
*1600-Esprit De XY(Sabtu) dan Aku DJ(Ahad)
*1630-Berita dari SabahFM
*1700-Berita dari pusat berita RTM Kuala Lumpur
*1720-Seleksi(Isnin-Rabu),Iqra'(Khamis),Kemusyikilan agama(Jumaat)
*1600-Kata-kata hikma,Al-quran dan terjemahan dan doa pilihan
*1700-Tamat siaran

 Mengapa jadi pilihan dan kesan pada diri?

Saya memilih tawauFM sebagai sumber penerimaan wacana dan sebagai wadah pilihan kerana radio ini mampu memberi saya inspirasi tentang keadaan dunia sekitar yang tidak mampu saya perolehi maklumat keadaan sebenar yang terjadi di sekitar saya mahupun di luar negara. Radio Malaysia TawauFM yang menggabungkan informasi dan hiburan di samping memberikan Ruangan minda dan pendapat memberikan saya ruang mengemukakan pendapat tentang isu-isu terkini mengikut persepsi saya dan ia membantu saya berkomunikasi dengan masyarakat luar melalui sesi dialog di radio.Hiburan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai unsur perkauman melalui gabungan semua muzik termasuk lagu-lagu etnik membantu saya mendalami lagu masyarakat lainnya. Segmen iqra dan kemusyikilan agama membantu lagi saya memperbaiki bacaan  dalam Al-quran dan menambah pengetahuan tentang agama islam.Radio Tawau juga membantu saya  mencari kenalan atas dasar persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim melalui kenalan@tawauFM.

No comments:

Post a Comment