Sunday, January 16, 2011

KONFLIK STUDENT VS PENSYARAH

Sem baru dah hampir sebulan berlalu namun masih ada kedengaran suara-suara sumbang mempertikaikan pointer masing-masing.Apa yang paling mengerikan ada sesetengah pelajar merasakan diri mereka diblack list oleh pensyarah mereka sendiri.Walaupun apa-apa alasan mereka perkara ini telahpun berlaku dan kita sebagai student di mana-mana saja ipt seharusnya melihat perkara ini lebih serius dan berani bersuara agar pendiriaan kita didengari oleh pihak atasan.Jangan kerana AUKU(Akta Universiti dan Kolej Universiti) menyebabkan kita rasa terkongkong dan tiada suara.Jangan terlalu bergantung kepada perwakilan pelajar untuk menyampaikan rasa ketidakpuasan kerana mereka juga ada tugas masing-masing dan banyak lagi yang mereka perlu lakukan.Apa yang menjadi perhatian saya,apabila ada seorang rakan saya mengeluh kerana rasa ketidakpuasannya terhadap seorang pensyarah kerana mengatakan dia dah membuat yang terbaik dan layak mendapat markah A meliputi kerja kursus(assignment),midterm dan final exam.Apa yang dia pertikaikan soal pemarkahan yang diberikan oleh pensyarah,kerana markah ditangan pensyarah.Masalah ini muncul apabila seorang pelajar lain yang rapat dengan pensyarah yang sama mendapat markah yang lebih baik berbandingnya,menurut bicara pelajar ini,pelajar yang yang rapat dengan pensyarah ini bukan pelajar pintar dan bila sesi soal balas pelajar ini tiada fakta dan selalu merapuh.Pelajar ini mencadangkan diwujudkan satu badan pemarkahan dan bukan lagi ditangan seorang pemeriksa seperti yang diamalkan oleh MPM.Tetapi yang menjadi persoalannya adakah status U ini akan hilang taringnya?Oleh itu,apapun pandangan kita seharusnya kita memikirkan baik buruknya tindakan kita kerana setiap apa yang kita lakukan memberi kesan pada orang lain fikir-fikirkanlah....

Saturday, January 8, 2011

TAHUN BARU SATU PERUBAHAN ATAU KEBIASAAN

Tanpa disedari kita sekarang berada di tahun 2011 dan ini bermakna kita dah tua setahun.tapi adakah tahun baru ini mampu membarikan satu motivasi ke arah yang lebih baik dari tahun sebelumnya? Tahun 2010 banyak menyimpan seribu kenangan sama ada suka atau dukanya kehidupan.Sebagai individu yang mempunyai hasrat dan keinginan maka jadikanlah tahun 2010 sebagai garis panduaan jika ada yang negatif kerana peluang sentiasa terbuka luas asal kita memperbaiki kesilapan yang lalu. 2011 merupakan platform kita dan juga sebagai pengukur kejayaan berbanding 2010 dan jangan kita tewas kepada kisah silam yang menyedihkan di 2010.....bangkitlah dari tidur yang lena.

Sunday, October 24, 2010

video yang telah menyebabkan konterversi (lagu negarakuku)

Sebagai pengamal media kita kena mengikut garis panduan etika penyiaraan dan tidak sepatutnya menyalahgunakan media untuk kepentingan peribadi.Walaupun hanya sekadar nak menyampaikan mesej atas dasar tidak puas hati namun isu-isu yang berkaitan dengan soal sensiviti agama dan keluhuran perlembagaan harus disampaikan mengikut cara yang wajar dan berhemah.Negara kita yang terkenal dengan kepelbagaiaan etnik,agama dan kepercayaan mempunyai sensitivi tersendiri.Contohnya orang Melayu jika hak keistimewaan mereka dicabar akan merasa tercabar seterusnuya mampu menyebabkan rusuhan kaum.Kita boleh mengambil pelajaran dari peristiwa 13 Mei 1969.

Thursday, October 14, 2010

tajuk lagu gemilang....lagu ini memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan apa yang kami mulakan hingga selesai. kata orang sekiranya kita ingin berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi kita seharusnya memeliki kesabaran, ketabahan, keyakinan, niat yang murni dan bertawakal. apabila sifat ini ada dalam diri kita, kejayaan pasti akan kita kecapi.  kami memilih lagu ini sebab ia memberikan kesan yang positif dalam diri kami untuk terus berusaha sedaya mungkin.

Friday, October 8, 2010

ETIKA MEDIA (Kewartawanan)

Terdapat pelbagai etika dalam media dan salah satunya ialah etika dari segi kewartawanan. Etika kewartawanan merupakan salah satu etika yang akan saya akan kongsikan serba sedikit maklumatnya kepada anda semua.


ETIKA KEWARTAWANAN

Pengenalan

   Bidang kewartawanan tidak pernah lari daripada isu-isu hangat yang diperdebatkan berhubung etika dalam pengalaman kewartawanan. Menurut Mencher (2003) selama ini para sarjana dan ahli falsafah telah cuba merangka pelbagai pendekatan terhadap etika selama ini termasuklah mengadaptasikannya dalam ilmu kewartawanan. namun hakikatnya, usaha ini bukanlah mudah memandangkan wartawan bekerja dalam situasi yang cepat dan sentiasa berubah-ubah. Keputusan untuk menyiarkan sesuatu berita atau sebaliknya perlu dibuat dalam tempoh yang singkat dan seringkali berdasarkan maklumat yang kurang lengkap.


Isi

 Untuk mengisi makna kewartawanan, wartawan perlu beroperasi berlandaskan kepada sesuatu sistem etika. Etika kewartawanan ialah satu sistem yang merangkumi prinsip atau perilaku yang bertanggungjawab dan ini boleh membantu mereka membezakan keadaan dalam dua situasi yang bertentangan ( Faridah Ibrahim.Mohd.Rajib Ghani & Mohd Adnan Hasim 2000 ). keupayaan membezakan antara yang baik dan buruk merupakan asas pembentukan peribadi berlandaskan etika.  Kenyataan ini menjelaskan bahawa etika merupakan sekelompok garis panduan yang dibentuk khusus untuk memantau perilaku manusia. Kewartawanan misalnya, merupakan salah satu bidang yang memerlukan etika untuk memastikan perilaku pengamalnya sentiasa berada dalam landasan yang betul. Etika ini bukannya undang-undang, yang mana ciri utama yang membezakan kedua-dua konsep ini ialah impak kesalahan yang berbeza. Melanggar undang-undang akan menyebabkan seseorang itu disaman . Misalnya, orang yang ditangkap polis jika sabit kesalahan akan dipenjarakan. Manakala, orang yang melanggar etika pula tidak akan dikenakan hukuman yang sedemikian, kerana hakikatnya etika hanyalah garis panduan yang boleh dijadikan pedoman buat wartawan yang berhasrat mengharungi dunia kewartawanan dengan meraikan maruah diri dan profesionnya.
Memandangkan asas dalam mana-mana etika ialah KEJUJURAN, maka kejujuran menjadi salah satu tunggak yang mendokong usaha memertabatkan etika kewartawanan. Stovall (2005:466) misalnya meletakkan 'honesty' sebagai perbincangan terawalnya ketika membicarakan soal etika dalam bukunya Journalism: What, Who, When, Where, WHY and How. Stovall melihat kejujuran sebagai salah satu ciri terpenting kepada mana-mana wartawan untuk menjadi 'jurnalis yang baik'.
  Konsep kejujuran ini boleh diperluas dengan melihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu kejujuran wartawan terhadap dirinya akan melahirkan 'kesetian' terhadap profesionya dan organisasi tempat ianya bekerja. Kesetiaan terhadap profesion ialah kejujuran dalam memberikan maklumat yang menjadi matlamat utama kewartawanan. Usaha untuk memberikan maklumat yang benar, tepat dan lengkap merupakan hasil kejujuran terhadap  profesion yang secara langsung menjunjungi tinggi garis panduan etika kewartawanan yang disarankan. Menyediakan maklumat yang benar merupakan perkara pertama yang disenaraikan dalam Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan Kod Wartawan Malaysia yang berbunyi : menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui KEBENARAN merupakan tugas utama wartawan (penegasan oleh penulis)

  Berdasarkan kepada hasilmkajian oleh Faridah Ibrahim, Mohd.Rajib Ghani dan Mohd Adnan Hasim(2000) yang mengkaji lima kod etika kewartawanan negara-negara iaitu Kod Etika Persatuan Editor Akhbar Amerika (ASNE). Kod Etika Kewartawanan Jepun ( Japan Canons of Journalism), Kod Etika Kewartawanan Filipina (Ethics Code Adopted For Phillippine Press) dan Kod Etika NUJM ( Malaysia) aspek kebenaran dalam laporan seringkali ditekankan diperingkat awal garis panduan. Rumusan bagi kesemua kod etika yang dimaksudkan adalah seperti jadual berikut:

     jadual 1 Aspek kejujuran dalam lima kod etika kewartawanan yang dibandingkan



Aspek
kewartawanan
Kod Etika
ASNE
Kod Etika Kewartawanan Jepun
Kod Ethiek Jurnalistik Indonesia
Kod Etika Kewartawanan Filipina
Kod Etika NUJM






Kebenaran dalam laporan.
...faktor kejujuran, kebenaran dan ketepatan...
1.tujuan utama penulisan berita menyampaikan fakta secara tepat dan jujur.
Pasal 2: menekankan kepada tanggungjawab wartawan.
Menekankan keadilan, kejujuran,ketepatan dalam pemberitaan.
1.menghor-mati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan.



    Jika dilihat rumusan yang disediakan, jelas bahawa kesemua kod etika yang dikaji menekankan aspek kebenaran dalam laporan. kejujuran tidak dapat dipisahkan daripada kebenaran dab ketepatan fakta. Hanya amalan wartawan yang jujur sahaka dapat menghasilkan fakta yang benar lagi tepat. Kod Etika Kewartawanan Jepun  dan Kod Etika NUJM meletakkan aspek ini sebagai aspek nombor satu dalam garis panduan, manakala Kod Etika Jurnalistik Indonesia pula dalam pasal 2.Kod Etika ASNE dan Kod Etika Kewartawanan Filipina pula secara umumnya menekankan aspek ini di peringkat awal kod lagi.

Kesimpulan

  Etika kewartawanan lebih kepada kejujuran, ketepatan dan kebenaran fakta dalam penulisan mereka untuk menyampaikan ataupun menyalurkan maklumat kepada masyarakat. oleh yang demikian untuk menjadi wartawan yang baik dan bertanggungjawab haruslah mengikuti etika yang telah ditetapkan.