Friday, August 27, 2010

PENGARUH DAN PERANAN MEDIA DALAM BULAN RAMADHAN

RAMADHAN VS MEDIA

Ramadhan merupakan saatnya melakukan perubahan, perubahan dari sifat mazmumah kepada mahmudah.,dari sifat negatif kepada sifat positif dan dari yang lemah daya tahan melawan nafsu kepada diri yang kuat lalu menjadi tuan kepada nafsu. Tetapi bagaimana  peranan media masa kini adakah media lebih menjurus kepada keinsafan?terus terang saya katakan media masa kini telah hilang nilai(keinsafan).dalam pemerhatian saya setiap waktu bukan ramadhan masih banyak lagi aksi yang dipertonton kepada masyarakat menjurus kepada adegan yang melalaikan dan tidak di nafikan kebanyakan rangcangaan di  ASTRO salah satu syarikat televisyen satelit berpengaruh masih memaparkan filem yang kurang sopan dan bertentangan dengan kongsep kesedaran dan keinsafan.Jika kita lihat bagaimana seseorang itu nak berubah?Sekiranya unsur sedemikian masih dipertontonkan?kita sedia maklum bahawa media mampu mempengaruhi pemikiran manusia dan mempunyai impak yang besar dalam membentuk keperibadiaan seseorang.Salah satu lagi, peranan negatif media ketika bulan ramadhan iaitu setiap hari program masakan akan di pertontonkan bukan setakat satu segmen tetapi sehingga 4 segmen dan diperhebatkan ketika menjelang petang contohnya rancangan ketuk-ketuk ramadhan(TV1) dah selebritinya berpakaian menjolok mata di tambah lagi menghasut nafsu makan manusia.Namun,media juga ada memaparkan unsur keagamaan seperti tadrus Al-quran,bacaan Al-quran,zikir-zikir seperti  RTM(TV1) dan ASTRO.Rancangan televisyen seperti drama melayu banyak memaparkan kisah penghayatan ramdhan seperti drama tersesat dari jalannya,kasih ibu, dan lain-lain Walau apapun peranan media keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan rating yang tertinggi dan matlamat mereka hanya keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.Tidak hairanlah ramadhan atau tidak matlamat merka tercapai menjadi penyiar popular di negara ini.

             RENUNGAN: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda "Apabila bermulanya ramadan. Pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan akan dirantai'
 

No comments:

Post a Comment