Thursday, October 14, 2010

tajuk lagu gemilang....lagu ini memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan apa yang kami mulakan hingga selesai. kata orang sekiranya kita ingin berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi kita seharusnya memeliki kesabaran, ketabahan, keyakinan, niat yang murni dan bertawakal. apabila sifat ini ada dalam diri kita, kejayaan pasti akan kita kecapi.  kami memilih lagu ini sebab ia memberikan kesan yang positif dalam diri kami untuk terus berusaha sedaya mungkin.

1 comment:

  1. 1st time sya dengar lagu nie masa umur saya 16 tahun, masa itu saya mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh persatuan pelajar sabah universiti kebangsaan malaysia(ukm). lagu ini menjadi lagu tema kem tersebut, masa itu semangat berkobar-kobar untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan mahu mengejar impian mahu belajar di menara gading :-)...sebab kakak-kakak ajk tue banyak bercerita mengenai universiti tempat mereka studi,..masa tue saya dengan kawan-kawan rasa seronok mendengar cerita mereka...apalagi penceramah kem motivasi itu mencabar kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar lulu cemerlang dalam spm dan menjejakkan kaki ke menara gading dan mengapai cita-cita yang tertanam dalam hati. oleh sebab itu lagu dan lirik lagu ini sangat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya...dan saya berjanji akan belajar ke universiti suatu hari nanti :-)..tanpa diduga saat yang saya nantikan akhirnya menjelma apabila saya mendapat tawaran untuk belajar ke universiti malaysia sabah(ums)..perasaan pada masa itu tidak dapat digambarkan...walaupun saya menghadapi masalah kewangan pada masa tue, namun saya tetap mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut, sebab saya pernah berjanji dalam diri untuk meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat menara gading ;-)....begitulah cerita hidup saya kesan daripada mendengar lagu ini....(zie)

    ReplyDelete