Tuesday, August 31, 2010

MEDIA @STESEN MEDIA PILIHAN

TAWAUFM PILIHAN HATIKU 
Sejarah tawaufm

Sejarah Radio Tawau bermula pada 15 Feb.1964 apabila siapnya pembinaan stesen pemancar Radio di Tawau berikutan pembangunan siaran radio bermula pada tahun 1939. Pada masa tersebut fungsi pemancar radio di  Tawau hanya sebagai medium siaran rancangan-rancangan radio yang di siarkan di Kota Kinabalu. Selaras perkembangan pesat radio serta permintaan masyarakat setempat pada 31 Ogos 1987, Stesen pemancar radio tawau mempunyai siarannya sendiri dan bermula dari saat itu berkumandanglah siaran  Radio Malaysia Tawau menerusi gelombang sedehana(MW) 747 kilohertz. Memandangkan ia hanya dapat diikuti oleh sebahagian sahaja kawasan dan kemunculan siaran FM stereo menerusi frekuensi 1001.1 megahertz penanbahan dengan kekuatan 1kilowatt akhirnya mampu didengar  diseluruh  Tawau termasuk Semporna, Kunak, Lahad Datu dan sebahagian kawasan di negara jiran. Sebutan  TawauFM juga mengalami evolusi penjenamaan:-
=)31 Ogos 1987-Radio Malaysia Tawau
=)Tahun 1997-Radio Malaysia Sabah Siaran di Tawau
=)Tahun 2000- Radio Malaysia Tawau
=)7 Ogos 2005-TawauFM
=)1 Jun 2009- Radio Malaysia TawauFM

Rancangan-rancangan di TawauFM

Rentak pagi(0700-1100 pagi)
*0700-Berita Nasional
*0715-Hari dalam sejarah
*0730-Laporan traffik
*0735-Peribahasa
*0740-Info cuaca
*0745-Berita TawauFM
*0750-Rancangan minda
*0800-Berita dari SabahFM
*0830-Laporan dari SabahFM dan SandakanFM, Yok Kembara(Sabtu), Info Sukan(Ahad)
*0845-Ingin Tahu
*0900-Berita Nasional
*1000-Sepatah kata
*1030-Sorotan(Isnin),VROOM(Selasa),Warisan berzaman(Rabu),Hijau(Khamis),Nur(Jumaat),Famili(Sabtu)

Syok layan(1100-1500 petang)
*1100-Berita Dunia dari pusat Radio RTM Kuala Lumpur
*1115-Hari dalam sejarah
*1200-Janji Rock
*1300-Berita dari pusat Radio RTM Kuala Lumpur
*1400-Janji Rock(Isnin-Jumaat),Hitzs RMTFM 2010(Sabtu),Realiti Pilihan Tawau(Ahad)
*1428-Kata-kata hikmah(Isnin-Jumaat)
*1430-Kuasa lelaki(Isnin),Femina(Selasa),Selebriti pilihan Tawau(Rabu),Interaktif(Khamis),Kerjayaku(Jumaat)


Petang@TawauFM(1500-1900)
*1500-Berita TawauFM
*1510-Sepatah kata
*1520-Cakap dulu bah!bersama Radio Malaysia SabahFM(Isnin-Rabu)
*1600-Esprit De XY(Sabtu) dan Aku DJ(Ahad)
*1630-Berita dari SabahFM
*1700-Berita dari pusat berita RTM Kuala Lumpur
*1720-Seleksi(Isnin-Rabu),Iqra'(Khamis),Kemusyikilan agama(Jumaat)
*1600-Kata-kata hikma,Al-quran dan terjemahan dan doa pilihan
*1700-Tamat siaran

 Mengapa jadi pilihan dan kesan pada diri?

Saya memilih tawauFM sebagai sumber penerimaan wacana dan sebagai wadah pilihan kerana radio ini mampu memberi saya inspirasi tentang keadaan dunia sekitar yang tidak mampu saya perolehi maklumat keadaan sebenar yang terjadi di sekitar saya mahupun di luar negara. Radio Malaysia TawauFM yang menggabungkan informasi dan hiburan di samping memberikan Ruangan minda dan pendapat memberikan saya ruang mengemukakan pendapat tentang isu-isu terkini mengikut persepsi saya dan ia membantu saya berkomunikasi dengan masyarakat luar melalui sesi dialog di radio.Hiburan yang tidak keterlaluan dan tidak mempunyai unsur perkauman melalui gabungan semua muzik termasuk lagu-lagu etnik membantu saya mendalami lagu masyarakat lainnya. Segmen iqra dan kemusyikilan agama membantu lagi saya memperbaiki bacaan  dalam Al-quran dan menambah pengetahuan tentang agama islam.Radio Tawau juga membantu saya  mencari kenalan atas dasar persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim melalui kenalan@tawauFM.

Friday, August 27, 2010

PENGARUH DAN PERANAN MEDIA DALAM BULAN RAMADHAN

RAMADHAN VS MEDIA

Ramadhan merupakan saatnya melakukan perubahan, perubahan dari sifat mazmumah kepada mahmudah.,dari sifat negatif kepada sifat positif dan dari yang lemah daya tahan melawan nafsu kepada diri yang kuat lalu menjadi tuan kepada nafsu. Tetapi bagaimana  peranan media masa kini adakah media lebih menjurus kepada keinsafan?terus terang saya katakan media masa kini telah hilang nilai(keinsafan).dalam pemerhatian saya setiap waktu bukan ramadhan masih banyak lagi aksi yang dipertonton kepada masyarakat menjurus kepada adegan yang melalaikan dan tidak di nafikan kebanyakan rangcangaan di  ASTRO salah satu syarikat televisyen satelit berpengaruh masih memaparkan filem yang kurang sopan dan bertentangan dengan kongsep kesedaran dan keinsafan.Jika kita lihat bagaimana seseorang itu nak berubah?Sekiranya unsur sedemikian masih dipertontonkan?kita sedia maklum bahawa media mampu mempengaruhi pemikiran manusia dan mempunyai impak yang besar dalam membentuk keperibadiaan seseorang.Salah satu lagi, peranan negatif media ketika bulan ramadhan iaitu setiap hari program masakan akan di pertontonkan bukan setakat satu segmen tetapi sehingga 4 segmen dan diperhebatkan ketika menjelang petang contohnya rancangan ketuk-ketuk ramadhan(TV1) dah selebritinya berpakaian menjolok mata di tambah lagi menghasut nafsu makan manusia.Namun,media juga ada memaparkan unsur keagamaan seperti tadrus Al-quran,bacaan Al-quran,zikir-zikir seperti  RTM(TV1) dan ASTRO.Rancangan televisyen seperti drama melayu banyak memaparkan kisah penghayatan ramdhan seperti drama tersesat dari jalannya,kasih ibu, dan lain-lain Walau apapun peranan media keutamaan mereka adalah untuk mendapatkan rating yang tertinggi dan matlamat mereka hanya keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.Tidak hairanlah ramadhan atau tidak matlamat merka tercapai menjadi penyiar popular di negara ini.

             RENUNGAN: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda "Apabila bermulanya ramadan. Pintu-pintu surga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan akan dirantai'
 

KEPENTNGAN MEDIA

KEPENTINGAN MEDIA

Media merupakan satu alat atau medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat atau info dari seseorang kepada orang lain. Biasanya media ini digunakan untuk mempengaruhi orang lain atau memujuk orang lain untuk menerima idea dan pemikiran si pengirim maklumat itu. Namun tidak semua penerima maklumat itu akan menerima maklumat dengan kadar yang sama kerana sesetegah orang mampu berfikir dan menyaring maklumat dari sampai sepenuhnya kepadanya. Alat media yang digunakan biasanya terdiri dari media massa tradisional(surat khabar, majalah,radio,televisyen dll) dan media massa moden(internet,telefon dan dll).

GEMILANG

Terjaga ku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu...

Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini

Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menanti tika dan masa

Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untuk ku menggengami
Ikhlas,Sabar,Benar

Lirik lagu ini dapat mempengaruhi saya kerana mengandungi unsur semangat dan sikap tak mudah putus asa justeru itu saya memilih lagu ini sebagai pilihan saya dan menjadi satu iltizam mencapai kejayaan........ 

PERANAN MEDIA, PENGARUH DAN KESAN

PERANAN MEDIA DAN KESAN PADA POLITK EKONOMI DAN INDIVIDU

Perkembangan yang pesat dalam teknologi media dan arus globalisasi telah mempengaruhi sistem media dan peranannya. Dunia sekarang bukan lagi dikenalpasti dengan sandaran ideologi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya,ini adalah kerana proses penglobalan dunia telah mewujudkan media global yang  bukan menjurus kepada penyebaran maklumat tetapi cuba mencorak dan mempengaruhi pendapat awam. Kini penjajahan boleh dilakukan secara elektronik dengan mendominasikan peranan media.Media sebenarnya banyak mempengaruhi dan memanipulasikan kehidupan kita sehari harian tanpa di sedari  kerana media yang sering kita lihat sebenarnya adalah satu medium yang cuba menghilangkan kebolehan menilai dan kehendak naluri kita sendiri.Hal ini terbukti yang kebanyakkan barangan keperluan peribadi atau apa-apa saja yang ada di dalam rumah kita sebenarnya adalah barangan yang telah di iklankan di radio,televisyen,internet dan lain-lain.Bagaimana hal ini terjadi WHY ?...Hal ini adalah disebabkan oleh pengaruh media dan di tambah lagi dengan sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu dan mencuba benda baru sedikit sebanyak menerima maklumat dan akhirnya memilih barangan yang di iklankan. Bukan itu sahaja sebahagian pengaruh media mampu mengubah sifat individu itu sendiri,hal ini dapat di buktikan di USA bila mana media US kebanyakannya memaparkan aksi ganas dan keras tanpa ada sekatan dan lebih 8000 jam program televisyen iaitu mewakili 60% progran televisyen mengandungi unsur ganas seperti bunuh,gengsterisme,seram dan sebagainya mnyebabkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tak mampu membezakan antara realiti dan karekter maya sehingga berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh dua orang remaja di sekolah pada tahun 1999 di columbine,colarado US  di mana 12 orang remaja dan seorang guru maut terkena tembakan peluru sesat. Seorang tokoh pemikir perancis  Jean Baudrillard dan pakar media perancis yakin bahawa media merupakan penyebab utama gangguan fikiran realiti manusia dan menimbulkan pelbagai persoalan?
Di Malaysia juga tidak terkecuali menerima tempiasnya.Negara kita taklah seteruk di US tapi pengaruh media di Malaysia hanya tertumpu kepada media hiburan dan politik , ekonomi dan sosial. Kawalan media melalui undang-undang sedikit sebanyak mampu menapis unsur-unsur ganas ,seram dan unsur seks keterlaluan. Namun tahukah anda bahawa kawalan undang-undang ini telah di monopoli oleh kerajaan atas dasar menjaga sensitiviti kaum dan menjaga keamanan negara sehingga timbul persoalan adakah media negara kita bebas sebagaimana negara maju yang lain?. Jika di tinjau negara kita adalah sebuah negara demokrasi dan atas dasar demokrasi setiap individu bebas menyuarakan pendapat,namun sekatan undang-undang yang ke atas majalah dan akbar yang BERSIFAT POLITIK dikatakan menghasut dan boleh menggugat keharmonian kaum telah di haramkan seperti akhbar suara keadilan dan harakah pada tahun 1999 dan 2008. Pengaruh media dalam politik dapat di lihat dan di kesan selepas pilihan raya ke-12 apabila trend pengundian rakyat Malaysia menurun dan sokongan terhadap kerajaan pemerintah merosot adalah di sebabkan oleh peranan media seperti internet yang dikatakan terlalu bebas dan mengandungi unsur hasutan dan boleh memecahkan keharmoniaan kaum,buktinya pemilik halaman malaysiaan today(raja petra) kini adalah buruan polis kerana dikatakan menghasut. Media juga dikatakan mempunyai kuasa mengubah ekonomi negara,dalam komunikasi global ini,periklanan menjadi nadi kepada usaha mendominasi negara utama terhadap negara subordinate. Menurut compotetif media reporting(CMR) pada tahun 1990-an,10 pengiklan utama yang berpangkalan di US telah membelanjakan sejumlah US Dolar 11 bilion(RM 41.1 bilion) hanya untuk mengiklan barangan mereka. Hal ini jelas,yang manusia sanggup membelanjakan jutaan rinngit hanya untuk mengiklankan barangan mereka.
sekarang dapat kita menyimpulkan bahawa media cukup mempengaruhi kehidupan manusia dari segi individu,politik dan ekonomi...namun tidak semua manusia itu menerima kesan yang sama kerana ada sesetengan individu itu mampu menapis dan menilai sesuatu maklumat sebelum diterimanya...

Thursday, August 26, 2010

SEJARAH PERKEMBANGAN MEDIA

SEJARAH MEDIA

Media atau lebih dikenali sebagai media massa sering kali dikaitkan dengan komunikasi dan kedua-duanya saling ada hubung kait. Jika ditinjau perkembangan media,media mula berkembang selepas wujudnya sistem tulisan yang menjadi perantara perhubungan manusia.Sistem tulisan mula di temui pada tahun 4000SM di Iraq pada zaman tamadun sumeria yang di tulis di kepingan tanah liat. Media massa semakin berkembang selepas penciptaan mesin cetak oleh GUTTENBERG maka bermulalah yang dikatakan era komunikasi tercetak. Pada tahun 1456 kitab suci bible mula di cetak dan di edarkan,seterusnya penemuan mesin wap oleh james watt pada tahun 1769 yang akhirnya mencetuskan revolusi perindustrian di eropah.Pada tahun 1833 the new york sun  menerbitkan media massa dan akhirnya pada tahun 1839 DEGUERRE menerbitkan metod praktis fotography di surat khabar. Selepas era bercetak maka lahir lagi satu era yang dikenali sebagai era telekomunikasi  yang bermula pada tahun 1844 dengan penciptaan telegram oleh SAMUEL MORSE  pertama kalinya dan beliaulah yang menemui isarat kod morse yang digunakan sehingga hari ini.penciptaan telefon oleh  A.GRAHAM BELL pada tahun 1876 telah menyemarakkan lagi industri media dan komunikasi.Penemuan elektromagnet oleh HEINRICH HERTZ  memudahkan penkaji lain mengembangkan alat perhubungan khususnya dalam bidang media dan komunikasi. Pada tahun 1884 PAUL NIPKOW telah menemukan prinsip dasar televisyen seterusnya pada1894 bioskop pertama kalinya diputar untuk tontonan umum. Pada tahun 1895 GUGLIEMO MARKONI mengembangkan gelombang elektromagnet dan menemui prinsip dasar radio yang membantu maklumat radio tanpa wayar di kirim di luar kawasan mahupun di luar lautan. Pada tahun 1912 ICE NEFOREST membuat vacum tube dan seterusnya pada tahun 1920 radio siaran  diperkenalkan oleh KDKA(PITTBURG). Era telekomunikasi ini lebih dirancakkan selepas penemuan televisyen berbentuk tabung oleh VLADIMIR K. SWORYKIN dan akhirnya PHILO T. FRANSWORTY membuat tv rumah ke rumah dan seterusnya RCA mendemonstrasikan televisyen siaran. maka pada tahun 1941 wujudnya sistem televisyen komersil pertama. Era komunikasi interaksi bermula pada tahun 1946 dengan permulan sebanyak 1800 komputer eriak di lancarkan dan 1947 WILLIAM SHELEY,JHON BARDEN,WALLER BRAITTAIN mbuat transistor dengan bahan dasar pasir silicon di LAB. seterusnya 1956 video tape pertama di buat d Ampex Redwood City,California.USA. Perkembangan sains angkasa bermula pada tahun 1957 apabila satelit sputnik uni soviet dilancarkan  dan diikuti pada tahun 1969 NASA melancarkan APPOLLOX1 pada 21 julai denagan angkasawan Neil Amstrong, Edwin JR, Micheal Collins. Perkembangan perisian perkomputeran bermula pada1971 apabila  MERCIAN E. HOFF mencipta semi konduktor cip di intel corp California USA seterusnya pada tahun 1975 mikrokomputer altair mula dipasarkan  dengan HBO
(Home Box Office) iaitu paduan antara tv kabel dan satelit seterusnya di kembangkan menjadi tv kabel interaktif  di columbus pada tahun 1977. Penemuan bahan kramik elektrik oleh JG BENORD dan ALEX MULLER telah mencetuskan radio tanpa kabel di Chicago USA dan digunakan untuk sambungan local interlocal sebagai hubungan antara manusia.Hal inilah yang menjadi nadi penggerak kepada kewujudan media dan sistem komunikasi pada hari ini dan kita sebagai pengguna generasi baru harus menghargainya dan seboleh-bolehnya cuba mengembangkan lagi atau memajukan lagi sistem media dan komunikasi sedia ada.

Tuesday, August 24, 2010

MEDIA BUDAYA DAN MASYARAKAT

MAKSUD MEDIA BUDAYA DAN MASYARAKAT

MEDIA=) Media berasal dari perkataan latin yang bermaksud medius yang hakikinya bermaksud tengah, perantara atau pengantar. Perkataan media juga sesetengah pendapat mengatakan adalah dari istilah yang dijamakkan dari perkataan medium. Istilah MEDIA MASSA wujud sekitar tahun 1920-an yang digunakan khusus untuk mencapai masyarakat yang sangat luas.Media massa boleh dikategorikan kepada media tradisional dan media moden.
BUDAYA=) Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa sanskrit iaitu buddhayah  yang merupakan jamak dari buddhi(akal@budi). Dalam bahasa inggeris,budaya disebut culture yang berasal dari kata latin colere(mengolah @ mengerjakan). Budaya adalah satu cara hidup yang berkembang yang dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan diwariskan dari satu generasi ke genarasi yang lain. Ia merangkumi skop yang luas sama ada agama, politik, adat, bahasa dan sebagainya.

MASYARAKAT=) Menurut paul b. horton & c. hunt masyarakat merupakan kumpulan manusia yang relatif mandiri, hidup bersama dalam waktu yang cukup lama , tinggal di wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan serta melakukan sebahagian kegiatan di dalam kelompok atau kumpulan manusia tersebut. Selo sumardjan mendefinisikan masyarakat itu sebagai orang-orang yang hidup bersama dan menghasilkan kebudayaan. Masyarakat merupakan satu satuan sosial atau kesatuan sosial, sistem sosial atau kesatuan hidup manusia. Istilah inggerisnya society sedangkan arabnya syakara yang bermaksud ikut serta saling bergaul dan berinteraksi.